INSURAN KONVENSIONAL VS TAKAFUL

Salam hormat.

Saya ditanya secara peribadi, kenapa perlu wujudnya dual sistem insuran sedangkan matlamat dan konsepnya hampir sama ?

Islam itu mudah.

Konsep perbankan/insuran konvensional dan Islamik adalah tidak sama. Yang sama mungkin kedua-dua yakni insuran konvensional dan takaful memberikan perlindungan kepada pemegang polisi.

Oleh sebab itu, sudah menjadi tanggungjawab agent takaful untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat di luar sana mengenai keharusan membeli produk yang patuh syariah dan jauh dari sumber-sumber yang haram seperti judi, riba dan maksiat.

Gambar di bawah menunjukkan secara ringkas konsep takaful yang diamalkan oleh pengendali takaful :


Dan berikut adalah perbezaan jelas antara  takaful dan insuran :

Bil
Perkara
Takaful
Insurans
1
Konsep
Berasaskan semangat kerjasama dan tolong- menolong (ta’awun) dan tabarru'
Semata-mata berdasarkan faktor-faktor komersial
2
Akad
Wakalah, mudharabah
Jual beli
3
Prinsip
Bebas daripada 'riba', 'gharar' dan 'maisir'
Banyak terlibat dengan 'riba, 'gharar', dan 'maisir'
4
Operasi
Di pantau oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC)
Tiada Majlis Penasihat Syariah (SAC)
5
Keuntungan
Keuntungan akan dikongsi  antara pengendali (syarikat) dan peserta berasaskan Mudharabah
Mempraktikkan riba (faedah)


0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

takafulladyfarah.blogspot.com. Powered by Blogger.