HIBAH TAKAFUL


APA ITU HIBAH TAKAFUL?


HIBAH bermaksud hadiah, HIBAH TAKAFUL pula adalah hadiah (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.

APAKAH KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL?


➤ Penama adalah penerima mutlak
➤ Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid yang 
rumit dan makan masa yang panjang
➤ Mengelakkan konflik keluarga (perebutan) pampasan, kerana hibah tidak
boleh dipertikai & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
➤ Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu
tersebut tidak berhak dalam faraid.

MANFAAT LAIN HIBAH TAKAFUL?

a) PELUPUSAN HUTANG

* Hutang perlu dibayar walaupun peserta takaful telah meninggal dunia
* Waris dapat melupuskan hutang peserta takaful. Contohnya, 
Pinjaman kereta, rumah, along, dan pinjaman peribadi.
* Untuk mengelakkan waris menanggung beban hutang piutang.

b) LAKSANA BADAL HAJI / UPAH HAJI

* Waris dapat melaksanakan badal haji bagi peserta takaful yang 
tidak  sempat melaksanakan Haji ketika hidup.

c) SARA DIRI KELUARGA/MODAL BERNIAGA

* "Duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit"
* Mereka memerlukan duit bagi meneruskan hidup dengan komitmen harian 

d) SIMPANAN MASA DEPAN/IMPIANAN ANAK

* Saban hari, ramai di antara kita mengeluh kerana terpaksa membayar 
Pinjaman PTPTN dan beban hidup semakin tinggi.
* Sanggupkah ibu bapa tidak menyediakan wang demi 
kebajikan dan pendidikan anak-anak.

HIBAH VS FARAID


Berikut adalah cara pengagihan mengikut sistem faraid bagi individu muslim. HUKUM FARAID adalah WAJIB. Dengan hibah, pampasan kematian tidak perlu mengikut hukum faraid.


Jika berlaku kematian,semua harta dan akaun si mati termasuk Simpanan, ASB, KWSP,
akan dibekukan sementara bagi melalui sistem faraid atau wasiat. Hibah takaful (pampasan kematian) sahaja adalah instrumen terbaik untuk penama mendapatkan wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara akaun yang dibekukan untuk dicairkan semula.


Dengan hibah takaful konflik keluarga dan perebutan harta pusaka dapat 
dielakkan dengan hibah takaful.




0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

takafulladyfarah.blogspot.com. Powered by Blogger.